1.Tahukah anda apabila
350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi
150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada
nyalaan api bersuhu
100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan
air masak.
2. Percayakah anda yang
air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam
pembinaan sebuah
helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat,
seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju
40 km/j sekiranya
kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam
bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai
paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari
watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh
Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama
Razzi juga boleh dikenali dengan
nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda
magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah
besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda
cicak memutuskan ekornya apabiladiganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa
seorang manusia normal tidak boleh menyentuh
telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda
burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometerdaripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai
alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan
lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang
kena tempeleng masih boleh memakan
lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda
gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah
Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua
pembaca post ini telah mencuba untuk
menyentuh telinga menggunakan sikunya.
4 Comment!: on "TAHUKAH ANDA!!!"
mcm2 la p.cik ni...
xleh ker??
Lawaknya....best plak tu... Tahu je awk ni taip sendiri ke / cari dlm internet?
Lawaknya....best plak tu... Tahu je awk ni taip sendiri ke / cari dlm internet?
Post a Comment