Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA

selamat hari raya utk semua kwn2 aku...
aku mtk ampun n maaf jika ader salah dan silap selama aku megenali korang...
sedangkn lidah lagi tergigit...
read more...

Saturday, September 12, 2009

Zaman sekolah rendah dulu

pada korang2 yang lahir sbelum aku n ataupon sebaya gan aku mesti ingat mase korang skolah rendah dulu:

1) kat skolah ade salesman jual buku cerita.ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau.salesman susu n dadih pon camtu gak.

2) kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. sgaja carik yg byk gmbr2 karton tu.... tmbah lagi ade lar buku karektor lat.

3) RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....mintak ngn mmber nk gantikn tempat,sbb nk mkn nasik wktu pagi

4) pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.siap tayang2 kt mmber pensel box changgeh.

5) main lwn pemadam, syg nak guna utkpadam. rela beli pemadam mahal sbb nk menang. selalunye bid ngn pemadam jaguh...sape kalah kne bg pemadam tu.padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

6) pakai pembaris yg bergerigi, selalu nk garis pkai yg betul..ni guna yg berigi..lawa kot. pastu kacau dh pompuan bocorkn air yg dier beli kat kantin gan pembaris tu.

7) cikgu suka pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ. kdg2 dicabutnyer.. coz nk rotan budak nnt susah.

8) bulu ayam yg selalunye utk lap meja or tingkap jd ramping krn sering dijadikan rotan oleh cikgu. tapi ade lak budak yg sorokkan benda tu coz xnk ade org kena rotan nnt.

9) time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh.ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolajla, ape la...

10) main game 2D.super contra, supermario, street fighter, sume pakai tape.

11) jam tgn yang ade lampu kelip2 tu jd idaman, sbb meriah je kalernyer. jeles gan kwn2...mgamuk kat ayah suh beli..

12) takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...siap usik mmber2 tu yg xtahan, ckp kne cungkil dengan besi panas la tu la, ni la..tmbh lagi dak perempuan..ciap nangis lagi.

13) balik skola beli JoJo xpon Dendang.Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon. ciap buang agi. bazir dulu ayah jer..rela x mkn waktu rehat.

14) Siri kartun di kaca tv power rangers, ultraman, cybercops, transformers, ninja turtles,Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.

15) oppss dalam kelas ciap main kejar2. main buaya, main duduk2, yang pempuan lak ciap byk mainan dari rumah.

16) beg sekolah lak nk yg ade gmbr power rangers la.. ultramen la.. n kt tepi tu sentiasa ade botol air.. padahal time rehat xminum pon air tu. g beli air kt kantin.
read more...

excited


Disebabkan aku excited sgt gan present dr member aku ni...aku ltk nyer kat atas laptop aku tooo...ehheehh
and kad raya yg member aku kim kat aku..aku wat wallpaper laptop aku...hhehhehuhhu
read more...

Friday, September 11, 2009

KaD RaYa


Kad ni... kawan aku bg kat aku... seronoknyer dpt kad raya.. heheh
2 tahun aku tggu nk raya ni.... so excited sgt..
cntikkn kad ni...
thanks my cute fren..
read more...

Prensent 4 me....


Bunga ni...kawan aku bg kat aku..."so cute kan!".
kali pertama aku rasa diri diigati seseorg..
hehee.
happy giler aku ni..
thanks..my fren...
read more...

Wednesday, September 9, 2009

PeLaNgi.....



kdg TUHAN sembunyikan matahari....
DIA dtgkn kita hujan n kilat....
kite tertanya2 kemana perginya matahari itu....
rupa2 nya TUHAN nk bg kiter pelangi.....

ayat ini sgt dalam maksudnyer..hayatilah kwnku..
read more...

Monday, September 7, 2009

TAHUKAH ANDA!!!


1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabiladiganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometerdaripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan sikunya.


read more...