Friday, August 21, 2009

kenapa kita mencintai seseorang.?????...


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka....
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”


Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,
Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”
Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..
read more...

Tuesday, August 18, 2009

Aku, kau berbeza...kau terlalu istimewa....


LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh

manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.

Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.

Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki.

Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulahkira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.Pernahkah kita lihat sebaliknya??Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiapsaat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH dimukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....Hal tafham ya shabaab? Yajibu antum an tahfazu jayyidan lana.......

read more...

khasiat telur separuh masak


Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,

"beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu.."

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di m eja makan.

"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.

"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu ayah kau
yang punye", kata emaknya.
read more...

Monday, August 17, 2009

aku punya world...


budak2 marine puo..
read more...

Kepada insan yang kucintai

Salahkah aku mencari cinta…?tp stiap kali cinta yg aku dpt tak pernah membahagiakan aku..semuanya cinta palsu..yg dilindungi oleh jnji2 manis sang pria..aku benar2 kecewa..tp siapa aku utk melawan takdir..kini aku merasakan hidupku lebih tenang tanpa cinta..aku gmbira dan bahagia begini..tak perlu memikirkan tntg org lain..tdk menyakiti dan tak perlu tkt disakiti..cinta bgku sudah tiada maknanya lg..aku cukup serik utk bermain dgn cinta kerna seringkali cinta itu membuat aku tak keruan..makanku tak kenyang..mandiku tak basah..tidurku tak lena..hnya kerana cinta..lbh menyakitkan apabila hanya aku yg menanggung derita itu..tdk pula bg sang pria yg aku agung2kan cintanya..benar kata org..kita tdk seharusnya mempercayai seseorg itu dgn mudah..apabila aku menggantung harapan yg terlalu tnggi terhadapnya..aku terasa amat sakit sekali apabila harapanku itu hanya dipandang sepi..lantas segala2nya terkubur begitu sahaja dimamah waktu…

mengapa aku disakiti..apa salah dan dosaku padamu..?sehingga kau menghukum aku begini..walo bagaimanapun perlakuanmu terhadapku..walo setajam mana perkataanmu menghiris hatiku..sehingga disaat ini…aku masih tidak mampu memadam perasaan cintaku terhadapmu…hanya kamu yg aku dambakan setiap waktu…seandainya kamu tahu isi hatiku ini..aku ingin sekali memohon izinmu utk terus menyayangi dirimu selagi aku mmpu…aku x pernah dapat melupakan segala yg pernah berlaku antara kta berdua…akan kusimpan segala memori yg tercipta sepanjang kta bersama…walo kta x pernah bersua…namun ingatanku masih kuat dengan segala yg diluahkan dr bibirmu…seandainya kau tahu betapa seksa aku disini…menanti hadirmu disisiku walo aku tahu hal itu xkn mngkn terjadi…

mengapa kau menghukum aku sedemikian rupa…kau tawan katiku kemudian kau campakkan aku…mudahnya kau membuang aku dari hidupmu seperti mana mudahnya kau melafazkan cintamu padaku suatu ketika dahulu..tanpa memberi aku peluang untuk berteduh di payung kasihmu lebih lama lagi..maka hadirlah dalam mimpiku..agar terubat rindu di hati ini…walaupun hubungan kita tidak lagi seperti dulu..tetapi cintaku terhadapmu masih kekal subur dari dulu,kini,dan selamanya…tak mungkin ada insan lain yang berjaya merampas takhtamu di hatiku…kerana pintu hatiku ini telah tertutup untuk menerima cinta..aku tak sanggup lagi merasa peritnya ditinggalkan oleh insane yang paling disayangi…kau tinggalkan aku disaat aku mulai menyayangimu sepenuh hati..disaat aku mempercayaimu melebihi segala-galanya…ketahuilah olehmu..saban waktu aku merinduimu..walau aku menyedari aku sudah tiada ertinya lagi dalam hidupmu..

namun..aku tetap bersyukur kerana kau pernah membuat aku bahagia walau seketika cuma…aku sendiri tidak pasti..atas dasar apa kau menerimaku sebagai kekasihmu suatu ketika dahulu…dan aku juga buntu…atas dasar apa kau meninggalkan aku..ttp..aku tidak pernah mampu untuk memadam perasaan cinta itu terhadapmu..sekali lagi..aku pohon keizinan darimu utk terus mencintaimu selagi aku mampu..hanya namamu yang sering meniti dibibir ini..hanya wajahmu yang sering singgah dibenakku..terima kasih kerana telah mengajar aku erti cinta..dan kau juga telah mengajar aku erti kecewa….derita…dan sengsara…

Kepada semua insan yang sedang bercinta…cintailah mereka yang mencintaimu itu sepenuh hatimu…jangan kau persiakan dia kerana kamulah yang menjadi harapan dan impiannya..dan jangan pula kamu mendendami mereka yang mengecewakanmu…mungkin Tuhan mempertemukan kamu dengan orang yang salah sebelum Dia mempertemukan kamu dengan orang yang benar-benar mencintaimu…
read more...

syurga dan neraka..

Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-

1. Firdaus

2. Syurga 'Adn

3. Syurga Na'iim

4. Syurga Na'wa

5. Syurga Darussalaam

6. Daarul Muaqaamah

7. Al-Muqqamul Amin

8. Syurga Khuldi

Sedangkan tingkatan dan nama-nama neraka adalah :-

1. Neraka Jahannam

2. Neraka Jahiim

3. Neraka Hawiyah

4. Neraka Wail

5. Neraka Sa'iir

6. Neraka Ladhaa

7. Neraka Saqar

8. Neraka Hutomah

p/s: ak dpt nama2 syurga n neraka dari internet. aku x pasti neraka ade 8. btol ke syurga n neraka ad 8 tingkat?? hope same2 share n sme2 dpt ilmu ye... salam...
read more...

pujaan hati


hei pujaan hati apa kabarmu
ku harap kau baik-baik saja
pujaan hati andai kau tahu
ku sangat mencintai dirimu


hei pujaan hati setiap malam
aku berdoa kepada sang Tuhan
berharap cintaku jadi kenyataan
agar ku tenang meniti kehidupan

* hei pujaan hati, pujaan hati
pujaan hati, pujaan hati

reff:
mengapa kau tak membalas cintaku
mengapa engkau abaikan rasaku
ataukah mungkin hatimu membeku
hingga kau tak pernah pedulikan aku

cobalah mengerti keadaanku
dan cobalah pahami keinginanku
ku ingin engkau menjadi milikku
lengkapi jalan cerita hidupku

hei pujaan hati, pujaan hati

hei pujaan hati setiap malam
aku berdoa kepada sang Tuhan
berharap cintaku jadi kenyataan
agar ku tenang meniti kehidupan
read more...

kawan aku suh aku hayati lirik lagu ni...sebab aku baru ditinggalkn oleh somebody....


Kamu bilang padaku
Bahwa kamu benar sayang
Kau bilang aku
Kau akan selalu sayang
Dan kamu bilang
Aku cinta kamu sayang

Kamu bilang padaku
Bahwa kamu benar cinta
Kau bilang aku
Kau akan selalu cinta
Dan kamu bilang
Aku sayang kamu cinta

Tapi orang bilang
Katanya kamu enggak sayang
Orang bilang
Katanya kamu enggak cinta
Orang bilang
Tentang kamu orang bilang

Sekarang kamu bilang
Bahwa kamu paling sayang
Sekarang bilang
Bahwa kamu paling cinta
Sekarang bilang
Aku siap mati sayang…

Kamu bilang padaku
Bahwa kamu benar sayang
Kau bilang aku
Kau akan selalu sayang
Dan kamu bilang
Aku cinta kamu saying

Kamu bilang padaku
Bahwa kamu benar cinta
Kau bilang aku
Kau akan selalu cinta
Dan kamu bilang
Aku sayang kamu cinta

Tapi orang bilang
Katanya kamu enggak sayang
Orang bilang
Katanya kamu enggak cinta
Orang bilang
Tentang kamu orang bilang

Sekarang kamu bilang
Bahwa kamu paling sayang
Sekarang bilang
Bahwa kamu paling cinta
Sekarang bilang
Aku siap mati sayang…

Tapi orang bilang
Katanya kamu enggak sayang
Orang bilang
Katanya kamu enggak cinta
Orang bilang
Tentang kamu orang bilang

Sekarang kamu bilang
Bahwa kamu paling sayang
Sekarang bilang
Bahwa kamu paling cinta
Sekarang bilang
Aku siap mati sayang…
read more...